RSS
 

Muzium Bugis

Posted: January 8, 2011 at 12:00 am

08 Jan

 

Tarikh : 05 Disember 2010
Lokasi : Pontian, Johor

 

Perjalanan ke Muzium Bugis ini tidak dirancang pada awalnya. Saya tidak tahu menahu pun adanya Galeri Bugis sehinggalah mata terpandang papan tanda tertera “Muzium Bugis” di bahu jalan. Lawatan ini bertujuan melihat lebih dekat khazanah lama milik bangsa Bugis yang dipamerkan di ruang galeri. Singgah di sini semasa dalam perjalanan pulang dari rumah salah seorang adinda di Pasir Gudang. Sengaja melalui arah Pontian dengan hajat menjejak masjid tua. Muzium ini dikunjungi setelah pulang dari siri tinjauan ke lokasi Masjid Jamek Kampung Telok Kerang.

  

Saya dan keluarga tiba di perkarangan Muzium Bugis pada jam 5.15 petang.

 

Sepasang mata sempat lagi memerhati keindahan hiasan ukiran papan  meleh dan sulur bayung di bucu perabung.

  

 

Moh kita masuk ke dalam galeri ini…lihat khazanah lama milik bangsa Bugis.

  

 

Ruang dalam sebaik melangkah masuk ke Galeri Bugis

 

Sebahagian daripada alat senjata warisan di ruang pameran

 

Apakah jenis senjata dengan rekabentuk kepala naga dipangkal, burung di tengah dan hujung seperti busur panah? Apakah pedang atau senapang? Entahlah…

 

Hulu dengan bentuk kepala naga. Simbol naga dalam worldview masyarakat Bugis merujuk kepada kepercayaan tentang naga yang mengelilingi bumi 4 kali dalam setahun. Justeru, perlambangan yang diadaptasi dari unsur kosmos tersebut digunapakai untuk mencerminkan identiti budaya baik dalam hiasan senjata atau senibina lama masyarakat Bugis-Makasar.

 

Sekilas pandang…tak perasan apa jenis senjatanya. “Tang” pangkal senjata pula…Sekali pandang macam rekabentuk kepala naga. Dua kali pandang seakan kepala serigala. Lama-lama pandang, dah tak tau bentuk apa!

 

Rekabentuk burung pada bahagian tengah senjata…

 

Rumah Tiang 99 di Atakkae, Tempe, Wajo

 

Rumah Tradisi Bone (bersebelahan Bola Soba)

 

 Rumah tradisi Sauraja Petta-Ponggawae Bola Soba Watang Ppone

 

Ini pula laluan untuk menuju ke ruang pameran kedua…

 

Pakaian tradisi pahlawan Bugis

 

Jenis kapak Bugis yang digantung pada dinding

 

Batu giling

 

Ini batu apa pula? Batu giling atau alas batu giling?

 

Tembikar lama…

 

 
No Comments

Posted in Muzium

 

Leave a Reply