RSS
 

Masjid Kuala Dulang

Posted: May 24, 2010 at 3:14 am

24 May

 

Tarikh : 08 Mei 2010
Lokasi : Masjid Kuala Dulang, Jelebu

 

Masjid Kuala Dulang adalah masjid yang tertua di Jelebu. Ia diasaskan oleh Dato’ Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau yang mula-mula menyebarkan  agama Islam di Jelebu pada abad ke-16. Kedua-dua pendakwah ini telah meneroka kawasan ini yang kemudiannya menamakannya sebagai Kampung Peninjau. Masjid ini asalnya sebuah bangsal beratap ijuk yang menjadi tempat berteduh pendakwah tersebut. Nama masjid Kuala Dulang ini diambil dari peristiwa kehadiran dulang berisi makanan yang tidak diketahui siapa menghidangnya. Walau seramai mana jemaah yang hadir, makanan yang menjadi hidangan sentiasa mencukupi. Namun setelah beberapa tahun, dulang tersebut hilang begitu sahaja.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

 

 
  1. zulnurin

    May 27, 2010 at 11:16

    Salam,
    Untuk pengetahuan saudari, Dato’ Nika dan Mudim Khatib Raja (Dato’ Gamboh) merupakan gelaran kepada Ulama yang tersohor pada waktu itu yang mempunyai hubungan terus kepada Rasulullah SAW. Nama sebenar Dato’ Nika adalah Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad Al-Jufri dan Dato’ Gamboh adalah Syed Ali Al-Jufri. Mereka berdua telah mendapat perkenan dari Sultan Johor untuk mudik ke Jelebu melalui sungai pahang terus ke sungai teriang yang berulukan di kawasan Jelebu. Keturunan Al-Jufri masih terus wujud di Jelebu yang kebanyakan berada di Kg. Peradong dan Kg Jerang. Wallahualam.

     
    • harlenyabdarif

      May 27, 2010 at 14:42

      Wsalaam…
      Zulnurin, terima kasih di atas perkongsian info =)

       
    • NUR

      April 22, 2012 at 16:30

      Alhamdulillah Zulnurin, insyaAllah betul pendapat anda.. Saya salah seorang cucunda keluarga Aljufri di Kg Jerang dan Kg Peradong…

       
  2. sangilapi

    May 29, 2010 at 22:47

    menarik sekali sejarah masjid ini…dinamakan sempena sebuah dulang.
    tapi sudah tentu lagi menarik,tentang 2 tokoh yang tersohor itu :)

     
    • harlenyabdarif

      May 30, 2010 at 00:10

      Menariknya kerana tokoh tersebut adalah nasab Rasulullah (Ahlulbait)… =)