RSS
 

Masjid Kampung Seronok

Posted: October 11, 2010 at 10:27 pm

11 Oct

 

Tarikh: 04 September 2010
Lokasi: Kampung Seronok, Pulau Pinang

 

Senibina masjid Kampung Seronok ini mengundang perhatian saya semasa melalui jalan di hadapan masjid.

 

Senibina masjid Kampung Seronok dengan kombinasi warna biru (bumbung) dan putih (bangunan) dari arah pandangan hadapan.

 

Bahagian kepala pintu dengan rekebentuk seperti kipas. Motif kipas seperti ini turut didapati pada Musalla Kampung Bukit, Jalan Teluk Kumbar di Bayan Lepas yang dikunjungi sebelumnya, selain terdapat pada rekabentuk mimbar di beberapa buah masjid tua di Sungai Dua, Pulau Pinang .

 

Sisik naga di tulang perabung masjid menampilkan kelainan dengan buton sebagai pelengkap kepada hiasan bumbung.

 

Rekabentuk daripada unsur tumbuhan ini mengingatkan saya akan ragam hias mimbar masjid Teluk Memali dan mimbar Masjid Ahmadiah di Perak yang bercirikan pengaruh Bugis.

 

Hajat di hati hendak melihat lebih dekat rekabentuk mihrab, namun jemaah baru selesai menunaikan solat Asar dan masih berkumpul di bahagian dalam.

 

Masjid Kampung Seronok pernah memperolehi sijil penghargaan Anugerah Pengurusan Terbaik.

 

 

Leave a Reply

 

 
  1. Syeikh Badlishah Al Buana

    October 12, 2010 at 00:36

    Bila nak masukkan kapsyen..tak sabar nak baca nih…

     
    • harlenyabdarif

      October 12, 2010 at 02:46

      Area Sg Buloh kerap alami network prob. Sgt slow…saya pulak guna broadband jer…tu yang kapsyen selalu menyusul kemudian.

       
  2. liza

    October 24, 2010 at 21:54

    Salam…sahabat & teman…lama kita tak berhubung ye…tiba2 terlintas harini nak browse ur website…dan tetiba jg teringat masjid di gunung kriang, kedah….

     
    • Harleny Abd Arif

      October 25, 2010 at 00:22

      Wsalaam…
      Suatu masa kena jumpa gak…byk nak share ngan ko = )