RSS
 

Makam DiRaja Klang

Posted: January 13, 2011 at 9:57 pm

13 Jan

 

Tarikh : 12 Disember 2010
Lokasi : Makam DiRaja Klang

 

Sesi ziarah ke Makam DiRaja selepas menghadiri sesi “mengeteh” di Istana Alam Shah, Klang.

 

Pintu masuk ke Kompleks Makam DiRaja dari arah perkarangan Istana Alam Shah, Klang. Laluan ini dahulunya sering dilalui oleh Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj untuk menunaikan solat di Masjid Sultan Suleiman atau untuk berziarah ke Makam Paduka Ayahanda Baginda dan Kerabat DiRaja yang lain sekitar tahun 1950-an.

 

Anak tangga menuju ke Kompleks Makam DiRaja (sisi kanan) dan Masjid Sultan Suleiman, Klang (sisi kiri).

 

Foto bangunan Masjid Sultan Suleiman yang dirakam dari arah Kompleks Makam DiRaja.

 

Bangunan dengan 2 kubah di kiri dan kanan adalah Kompleks Makam yang menempatkan Almarhumah (Permaisuri).

 

Makam Kerabat DiRaja di sisi kiri Kompleks Makam DiRaja (dari arah gerbang masuk masjid).

 

Pemandangan di sisi kanan Kompleks Makam DiRaja (dari arah gerbang masuk masjid).

 

Makam Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (paling hadapan).

 

Makam paling tinggi ini adalah milik Almarhum Sultan Hisamuddin (aras ketinggian mencecah hampir 4 meter).

 

Kompleks Makam DiRaja Klang ini kedudukannya di sisi kiri Masjid Sultan Suleiman.

 

Saya bergambar membelakangkan pintu gerbang Makam DiRaja Klang.  Gerbang ini adalah laluan masuk dari arah perkarangan Masjid Sultan Suleiman.

 

Masuk ke Kompleks Makam DiRaja melalui pintu belakang dari arah Istana Alam Shah…keluar dari kawasan makam pula melalui pintu gerbang utama di perkarangan Masjid Sultan Suleiman.

 

 

Leave a Reply