RSS
 

Hari ke-4: Jejak Hari Terakhir Pengukir Acheh

Posted: December 17, 2011 at 10:47 am

17 Dec

 

Tarikh : 15 Jun 2011
Lokasi : Banda Acheh dan Acheh Besar

 

Paparan catatan Hari ke-4 ini adalah rakaman perjalanan hari terakhir dalam sanggar  Jejak Mihrab Acheh: Siri 5. Catatan ini akhirnya berjaya saya sempurnakan pada tanggal 17 Disember 2011 setelah 6 bulan siri perjalanan dijayakan (15 Jun yang lalu). Ini bermakna, saya mengambil tempoh yang agak panjang untuk berkongsi episod seperti yang akan anda telusuri dalam catatan hari ke-4 ini. Moh kita…

 

Sebelum berangkat meneruskan misi menjejak bengkel ukiran kayu, terlebih dahulu singgah di kafe siber berdekatan hotel penginapan. Setelah memeriksa e mel kiriman, bersedia meneruskan langkah ke pintu kenderaan untuk melalui hari terakhir perjalanan.

 


Bonda (Aini Husin) dan ayahanda (Abd Arif Abdullah) turut menemani dalam misi kali ke-5. Sementara menanti saya pulang dari Kafe Siber berdekatan, ayahanda dan bonda bersarapan pagi di kafe hotel ini.

 

Lokasi pertama kunjungan adalah di bengkel Refi Jepara di Jalan Laksamana Malahayati (Keumala Hayati)

 

Pengusaha bengkel (kiri) bersama 2 orang tenaga kerja di bengkel yang baru memulakan operasi di pagi hari.

 

Salah sebuah contoh ukiran dengan teknik tebuk tembus

 

Ukiran timbulan pada daun pintu Acheh

 

Salah seorang pengukir sedang menunjukkan demo penghasilan ukiran dengan menggunakan alatan pahat dan penukul kayu.

 

Lokasi berikutnya adalah ke bengkel Griya Jepara

 

Salah seorang pekerja yang berada di bengkel Griya Jepara

 

Ukiran pada bahagian kepala sofa

 

Destinasi seterusnya adalah ke Friend Jepara yang terletak di Jalan Lamreueng, Ulee Kareng, Acheh Besar

 

Adinda Zulhilmi bergambar di sisi ukiran pada bahagian tebar layar

 

Salah seorang pekerja di Friend Jepara sedang melakar semula motif  berdasarkan acuan motif di atas permukaan susunan papan muka tebar layar.

 

Bengkel tanpa nama~ lokasinya cuma bersebelahan (sesi kanan) dengan bengkel Friend Jepara.

 

Sewaktu kedatangan saya ke sini, dua orang pekerja sedang menlaksanakan tugas

 

Siap sebuah kerusi tempahan

 

Bengkel Kharisma Jepara ini adalah bengkel terakhir yang dijejaki. Ianya terletak bertentangan dengan bengkel Friend Jepara.

 

Hanya seorang pekerja yang baru hendak memulakan tugas pada hari ini.

 


Selesai tugasan, langkah diteruskan ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda~ bersedia untuk terbang  dengan sepasang sayap keluli.

 

Sambil berjalan, sambil mendongak ke siling…kagum melihat ukiran timbulan dengan motif sulur. Menanti saat dipanggil masuk ke balai berlepas sebelum menuju ke pintu keluar menuju ke pesawat.

Alhamdulillah, akhirnya tamatlah sudah paparan catatan perjalanan selama 4 hari di Bumi Serambi Mekah. Selepas ini nanti, dapatlah saya memberi tumpuan kepada beberapa catatan lain yang masih tersimpan dan menunggu giliran untuk dikongsikan dengan para tetamu sekalian.

Bakal menyusul Jejak Mihrab Acheh: Siri 6 ~ inshaAllah saya akan berangkat ke Daerah Istimewa Acheh tanggal 21 hingga 26 disember 2011.

 

Leave a Reply