Tarikh mula mencatan : 10 Februari 2012
Tarikh tamat mencatan: 13 Februari 2012
Al Kursi
2012
Media Campuran
122cm x 87cm
__________________________________________________________________________________________
Karya catan ini dihasilkan
sejak jumaat lalu (10 februari) hingga
berjaya disiapkan sepenuhnya pada hari ini (13 februari)
Hasil terjemahan idea Al Kursi
ini saya sifatkan kurang sempurna kerana
karya catan dihasilkan dalam keadaan
“sambil menyelam minum air”
sambil memberi tumpuan pada penulisan ilmiah,
saya berehat seketika sambil bermain dengan warna
di atas permukaan kanvas.
Karya catan ini adalah karya pertama saya pada tahun 2012
(setelah hampir setahun berehat dari berkarya)
Karya Al Kursi ini akan dipamerkan
sekitar bulan mac depan
sempena pameran
GURIS 2012
