Dah lama benar tidak menjengah ke laman blog adinda bongsu…
kali terakhir semasa bulan Syawal yang lalu.
Itupun bertandang kerana ingin melihat
jika ada catatan perjalanan adinda Muhammad Akmal
yang dikongsikannya sepanjang sebulan berada
di Bumi Mekah bagi menunaikan umrah…
Melihat foto-foto paparan juga keterangan yang dikongsikan
membuat saya rasa sebak pula. Melihat kaabah dari kejauhan…
entah bila tibanya kaki saya pula yang akan menjejak ke sana.
Dalam 9 bersaudara (4 lelaki dan 5 perempuan), hanya kakanda sulung
dan kesemua adinda lelaki telah menjadi tetamu Allah.
Rezeki saya dan 3 adinda perempuan yang lain moga
dipermudahkan laluannya…dipercepatkan hendaknya.
Baiklah…berbalik semula kepada tajuk paparan,
sebaik membaca catatan adinda di laman blognya,
terasa seperti ingin berkongsi dengan tetamu saya pula.
Dari kecil lagi, saya perhatikan adinda bongsu saya ini
agak taksub dengan senjata. Bila bergambar sahaja,
pasti ada di antara fotonya dengan aksi persis seorang mujahid.
Sebahagian wajah (hidung, mulut dan dagu) ditutup
menggunakan kain yang dilipat dengan bentuk segitiga.
Di tangan pula terdapat senapang kayu
yang dipegang lalu diacu ala-ala machine gun ke hadapan!
Minatnya untuk bergelar seorang pejuang Islam terbawa-bawa
hinggakan dalam hati amat berhajat andai dipertemukan
dengan seorang mujahid…Allah memperkenankan niat di hati
sehinggalah pada suatu hari di Tanah Suci Mekah…
(saya plagiat bulat-bulat dari blog adinda)

Sumber foto: http://kavkaz-asadullah.blogspot.com/
Pada waktu sebelum subuh, sedang bersahur dan
tunggu waktu azan subuh..
penulis berkenalan dengan seorang lelaki
berbadan tegap dan berjambang..
lelaki tersebut boleh berbahasa inggeris,
jadi perbualan kami sangat mudah difahami..
dua2 pun berbahasa inggeris..beliau adalah seorang arkitek
di Afghanistan..sedang kami rancak berborak,
penulis bertanya kepada beliau,
“bagaimana keadaan di afghanistan sekarang?”
dia membalas,”askar amerika setiap hari akan membunuh
10-15 orang rakyat afghanistan,” penulis terkejut, “really”
beliau tiba2 menambah, “aku mujahideen.”
penulis tersentap……”ya Allah kau telah kabul kan doa aku
utk berjumpa dengan seorg mujahid”
kemudian beliau mula menceritakan keadaan di afghanistan,
penulis bertanya,
“bagaimana dengan askar amerika dan askar kerajaan kamu?”
dia menjawab, “10 kilometer radius dari kabul (ibunegara Afghan)
hanya kuat dengan amerika dan askar kerajaan (boneka) sahaja,
tetapi keluar dari radius itu, adalah mujahideen,
kami mempunyai beratus ribu mujahideen!”
kemudian kami berborak mengenai senjata2 dari AK-47
hingga ke machine gun. Beliau mahir dalam semua senjata
dan senjata yg paling digemari adalah machine gun,
(mcm dalam csi tu). Dia menambah,
“susah nak kawal senjata tu sebab daya tujahan yg kuat,”
beliau menambah, “kau kena ada muscle mcm aku ni
(badan tough) baru boleh guna.”
penulis bertanya, “senjata2 tu ada pada kau?”
dia menjawab, “ya”
“nama pun pejuang, mestila ade” hatiku berkata.
akhir ketika usai solat subuh, kami pun nak beredar..
sebelum tu dia berpesan pada penulis,
“friendship is like snowball, easy to make
but it’s hard to keep it in your hand”
sambil kami berpelukan, bisik penulis kepada beliau
“please kill one US soldier for me”
“okay, inshaAllah,” katanya sambil tersengih,
kemudian kami beredar..

























