RSS
 

Majlis Perkongsian Ilmu Bersama Misi AMAN Palestin

Posted: July 31, 2013 at 12:42 am

31 Jul

 

Tarikh: 5 Julai 2013 (Jumaat)

Lokasi: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

 

Sekitar jam 2 petang pada 5 Julai (Jumaat) yang lalu,  pihak AMAN Palestin telah hadir ke Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di KPM bagi berkongsi maklumat tentang misi AMAN Palestin. ”Majlis Perkongsian Ilmu Bersama Misi Aman Palestin” ini adalah anjuran Puspanita BPK bertujuan memberi gambaran yang jelas terhadap pergolakan  rakyat Palestin dengan harapan agar hadirin yang hadir dapat menghayati perjuangan menegakkan hak asasi manusia.

Tanpa perlu berbicara panjang, maka saya sajikan kepada khalayak pembaca sejumlah foto yang telah dirakam melalui paparan slide pada masa sesi perkongsian ilmu berlangsung. Foto iringan yang bakal anda saksikan nanti adalah atas ihsan pihak AMAN Palestin yang memberi keizinan kepada saya untuk dikongsikan dalam laman sanggar jejakmihrabmimbar.com. Mudah-mudahan intipati yang diperolehi dalam paparan serba ringkas ini dapat dijadikan iktibar dan renungan umat Islam khususnya.

 

IMG_3097

Puan Hashimah Salleh selaku pengasas AMAN Palestin memberikan penerangan tentang misi AMAN Palestin kepada kami semua.

  

IMG_3098

Pergolakan di bumi Palestin angkara rebutan

  

IMG_3102

Kedudukan Palestin sebagai jantung dunia, jantung hati umat Islam sedunia

  

IMG_3101

Jarak kedudukan di antara al Aqsa dengan Gaza

  

IMG_3104

Laluan dari Baitul Maqdis ke Masjid al Aqsa

  

IMG_3111

The Centre of the world

  

IMG_3116

Masjid al Aqsa dibangunkan empat puluh tahun setelah Masjidil Haram dibina.

  

IMG_3120

Dataran Buraq ~ Dikisahkan bahawa, Buraq tunggangan Rasulullah S.A.W semasa Isra’ Mikraj, pernah ditambat di tembok ini. Tempat ini juga pernah digunakan oleh para Nabi Allah lainnya menambat haiwan tunggangan yang dibawa bersama semasa singgah di al Aqsa. 

  

IMG_3129

Sila baca maklumat tertera berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Isra: 1

  

IMG_3135

Perbandingan pahala bersolat di Baitul Maqdis dan pahala bersolat di Masjidil Haram.

  

IMG_3129

Palestin Bumi yang diberkati…

  

IMG_3156

Pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahudin Al Ayubi sebagai tokoh pejuang Islam pada 2 Oktober 1187 / 27 Rejab 583 H.

 

IMG_3154

“Siapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia”

 

IMG_3155

Binaan kubu Salahudin Al Ayubi

 

IMG_3163

Tembok konkrit dan kawat ~ tembok pemisah umat

 

IMG_3165

Derita dan air mata di sebalik tembok pemisah

 

IMG_3282

Sekian sahaja perkongsian catatan beserta sejumlah foto paparan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak AMAN Palestin yang memberi keizinan untuk saya menampilkan foto yang dirakamkan melalui paparan slide semasa sesi perkongsian ilmu dijalankan. Foto kenangan bersama teman-teman di akhir program saya abadikan sebagai penutup tirai catatan.

___________________________________________________________________________________

Bagi anda yang berhajat memberi sumbangan kepada saudara seIslam di Bumi Palestin,
wang sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Bank Islam: 12029010047880
Bank Muamalat: 12070005133717
Maybank: 562263010787

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui:

Talian: +603 8926 7019 / Fax: +603 8925 9963 (Bandar Baru Bangi)
Talian: +603 6142 2702 / Fax: +603 6142 2702 (Kota Damansara)
E mel: amanpalestin@yahoo.com
Laman Sesawang:
www.amanpalestin.net

 

 

Leave a Reply